Wednesday, 29 June 2016

KAD RAYA BESAR DARI PUTRAJAYA

BY Paparazzi.R No comments


Hari ini 25 puasa. Setakat semalam saya baru menerima tujuh kad raya, termasuk satu yang bersaiz super besar, dari Putrajaya. Memang ini satu rekod – bukan kad besar itu, tetapi hanya tujuh kad pada minggu akhir al-Mubarak.

Dulu-dulu masuk minggu kedua Ramadan, kad ucap selamat Aidilfitri sudah bersusun di meja. Menjadi satu keseronokan membuka sampul surat, melihat dan membaca kata-kata dan tandatangan pada kad yang banyak itu.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan, kad semakin merosot. Tahun lalu saya terima tidak sampai 50. Tahun ini tidak sampai 10. Tetapi saya tidak berkecil hati, sebab bos-bos sepejabat pun senada: “Tahun ni tak dapat kad raya.”

Secara peribadi ada beberapa sebab saya tidak dapat kad raya. Pertama, saya sudah tua, sudah tidak setampan Aaron Aziz, maka tidak ada orang ingat saya. Sekali lagi, tidak berkecil hati pun!

Kedua, kawan-kawan rapat yang setiap tahun menghantar kad pun sudah tidak ada. Tahun lalu saya kehilangan lebih 10 orang sahabat – semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang beriman, amin!

Ketiga, semua jimat berbelanja. Bayangkan sekeping kad paling koman RM1, tambah setem 60 sen jadi RM1.60. Kalau hantar kepada sepuluh orang harganya RM16, cukup untuk ikan dan sayur buat sekeluarga berbuka.

Almaklumlah, dalam keadaan serba sempit – barang naik, duit jatuh – orang pentingkan perut lebih dari kad raya. Ini hakikat.

Keempat, paling penting, berkad-kad kini sudah dianggap kuno. Sekarang era ICT, serba-serbi di hujung jari. Tidak perlu beratur di pejabat pos untuk membeli setem, tidak perlu lagi jilat setem. Tekan sahaja gajet boleh hantar ucapan Selamat Hari Raya.

Kini urusan untuk beraneka ucapan – Raya, Deepavali, Gong Xi Fa Cai, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, masuk rumah baharu, hatta takziah kematian – semua di dalam saku anda. Seluk saku, keluarkan HP tercanggih, tekan kekunci, dan hantar.

Sekali tekan hanya mengambil masa beberapa saat untuk tiba ke destinasi, boleh hantar serentak untuk beratus penerima. Tidak sahaja kata-kata, boleh disertakan dengan pelbagai lakaran dan gambar.

Malah, boleh diiringi muzik dan video dengan latar belakang beraneka suasana dan situasi. Pendek kata dulu-dulu hanya kad mati, kini tayangan hidup boleh dihantar dan diterima untuk mengucapkan salam Aidilfitri.

Apa yang terpukul hebat oleh ucapan online – sms, Facebook, WhatsApps – ialah penjual dan pencetak kad ucapan. Seorang teman saya di kompleks peniaga Mara di Jalan Tunku Abdul Rahman, mengeluh tahun ini tidak ada tempahan kad raya. Senang cakap, orang sekarang tidak main kad-kad.

Maka teringat saya raya zaman dulu-dulu. Waktu itu saya muda remaja, penuh semangat jiwang. Setiap kali posmen datang menghantar kad, hati gembira bukan kepalang, melompat hingga kepala terantuk dinding.

Kalau yang tiba itu kad daripada orang istimewa, terketar-ketar tangan membuka sampul. Tersenyum lebar melihat kad, ada ucapan yang ditulis tangan. Paling bahagia pada akhir ucapan itu ada lakaran simbol hati @ love yang ditusuk anak panah. Fuhhh, kad dicium berulang kali, silap-silap boleh batal puasa!

Menjadi kebiasaan – dan kemegahan – waktu itu sekiranya menerima banyak kad, akan digantung di atas pintu atau pada langsir tingkap untuk menceriakan lagi suasana raya.

Kalau ada kiriman daripada orang penting, seperti daripada Tok Penghulu lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat, kad itu akan diletakkan pada tempat paling istimewa dan mudah dilihat. Memang satu penghormatan menerima kad daripada YB, boleh beritahu kepada setiap yang berkunjung ke rumah.

Sekadar bertanya, agaknya ada lagikah yang main gantung-gantung kad sekarang? Kalau ada itu satu kelebihan, nostalgia zaman silam. Teruskan budaya itu.
nak kurus? anda wajib cuba!
Sekarang ucapan dihantar dan diterima menerusi gajet, maka lenguh tangan dan jari untuk membalasnya. Habis separuh malam, boleh terlepas Lailatulqadar, gara-gara berbalas ucapan menerusi maya.

Apa pun pada hemat saya ada baiknya ucapan menerusi maya. Selain murah, mudah dan pantas, sekurang-kurangnya kita tahu dan pasti orang yang menghantar ucapan itu.

Arakian ucapan menerusi kad dan pos yang kita terima itu tidak dapat dipastikan siapa sebenar si penghantar. Mungkin urusan penghantaran itu dibuat oleh orang lain – pembatu peribadi, setiausaha, mungkin juga peon.

Maka saya tidak pasti apakah kad besar dari Putrajaya itu betul-betul secara peribadi daripada pengirimnya? Apa pun saya gembira juga sebab termasuk dalam senarai panjang – mungkin beribu-ribu – orang-orang yang diingati.

Untuk semua saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Tuesday, 28 June 2016

RAKYAT MALAYSIA MASUK NINJA WARRIOR?

BY Paparazzi.R No comments


Video karya Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Việt Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Karyawan kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai 'Mat Redho' dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 melalui https://www.youtube.com/watch?v=1DyvnvwR_-g.

Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Việt Nam pada 19 Mei.

Menurut akhbar itu, pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.
nak kurus? anda wajib cuba!
Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.

Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.

Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu.

Sunday, 26 June 2016

GADIS CANTIK MAUT DITEMBAK POLIS?

BY Paparazzi.R 2 comments


Seorang gadis maut dilaporkan ditembak empat kali oleh dua anggota polis di sebuah balai polis, di Texas, Khamis lepas.

Menurut laporan The Guardian, Kristiana Coignard, 17, didakwa menyerbu pegawai polis di stesen berkenaan menggunakan sebuah pisau pemotong daging.

Sebuah rakaman yang merakam aksi Coignard juga disiarkan selepas kejadian menimbulkan persoalan mengenai penggunaan senjata api oleh pihak berkuatan itu.

Menurut ibu saudara Coignard, Heather Robertson, anak saudaranya mempunyai masalah mental bi-polar dan pernah cuba untuk membunuh diri, namun tidak pernah bertindak ganas ataupun mengancam orang lain.
nak kurus? anda mesti cuba!
Ketua Polis Texas, Don Dingler pula memberitahu, tindakan anggota polis tersebut adalah bersesuaian dengan situasi kejadian.

Polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut.

Wednesday, 22 June 2016

'HOTEL' KUCING PENUH!

BY Paparazzi.R No comments


Kedatangan Aidilfitri membawa rezeki kepada pengusaha ‘hotel’ kucing apabila kediaman binatang kesayangan itu di sekitar Pokok Sena dan Alor Setar sudah penuh.

Difahamkan pemilik kucing yang ingin pulang berhari raya mula mendaftar tempat penginapan untuk binatang kesayangan mereka sejak sebulan sebelum Ramadan lagi.

Pengusaha, Muhammad Farid Mat Saad dari Jalan Langgar berkata, kini pihaknya terpaksa menolak banyak permintaan daripada pemilik yang mahu meletakkan binatang kesayangan mereka di sini.

Menurutnya, kadar sewa yang dikenakan untuk seekor kucing adalah RM10 semalaman dan pemilik hanya perlu membawa makanan kucing kesayangan mereka masing-masing.

“Pihak kami hanya membantu dan mengawasi kucing ini dalam sangkar sahaja dan sepanjang tinggal di situ jika dijangkiti penyakit, kami akan berikan ubat.

"Kesemua kucing ini akan dipantau dua orang pekerja yang bertugas pada hari raya," katanya yang sudah mengusahakan kedai itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, tahun lepas pihaknya menyediakan 120 bilik untuk kucing, namun kali ini ditambah lagi bagi memenuhi permintaan.

"Tahun ini saya sediakan 150 bilik untuk kucing," katanya.
nak kurus? anda wajib cuba!
Sementara itu, seorang pemilik kucing, Amin Suhairi Abd Halim, 50, dari Jitra berkata, dia sangat gembira apabila ada pihak yang menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Katanya, perkhidmatan itu membolehkan pemilik kucing tidak perlu lagi tercari-cari tempat untuk meletakkan binatang peliharaan mereka.

“Sebelum ini, kami sangat bimbang untuk tinggalkan kucing kesayangan pada musim perayaan tapi kini tidak lagi," katanya.

Monday, 20 June 2016

WANITA KETAGIH MAKAN BEDAK?

BY Paparazzi.R No comments


Seorang wanita mengaku ketagih bedak talkum selepas melahirkan anak pertamanya di Wight, Britain.

Laporan Dailymail mengatakan Lizzie Foster, 25, sudah 'menelan' hampir satu tan bedak talkum.

"Saya makan bedak talkum hampir sepanjang masa. Saya makan bedak ketika sarapan dan ketika menonton televisyen," kata Lizzie.

Katanya, dia terpaksa membelanjakan RM4,752.04 untuk memuaskan ketagihannya tersebut.

"Ada pakar memberitahu ketagihan ketika mengandung berlaku disebabkan kekurangan vitamin D atau zat besi.
nak kurus? anda mesti cuba!
"Saya juga tidak bimbang mengenai sebarang komplikasi ketika mengandungkan anak pertama, Ruby.  Saya muda dan lurus ketika itu," jelas Lizzie.

Difahamkan, ketagihan pelik Lizzie adalah disebabkan penyakit Pica, iaitu suatu 'eating disorder'.

Pica menyebabkan penghidapnya mahu memakan benda yang tidak mempunyai khasiat atau nutrien.

Sunday, 19 June 2016

KUDA TERLEPAS JADI VIRAL?

BY Paparazzi.R No comments


Orang ramai gempar dengan kehadiran seekor kuda yang terlepas di tengah jalan raya di Kota Bahru semalam.

Aksi kuda berdurasi 28 saat itu dikatakan dirakam di Wakaf Siku,  di sini oleh seorang pengguna jalan raya.

Pengguna terbabit yang dikenali sebagai Adli Alimin kemudian memuat naik video tersebut ke laman sosial Facebook nya kira-kira pada pukul 2 petang semalam.

Video terbabit mendapat lebih 5,000 perkongsian daripada pengguna laman tersebut selain ditonton hampir 200,000 kali pada jam 6 petang.

Berdasarkan rakaman video tersebut kejadian terbabit berlaku di laluan bertingkat di Wakaf Siku di sini menghala ke arah Kubang Kerian.

Menerusi ruangan komen pemilik Facebook berkenaan dia mendakwa kejadian tersebut dirakamkannya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
nak kurus? anda wajib cuba!
Usaha menghubungi pemilik kuda tersebut bagaimanapun tidak berhasil.

Sementara itu, Ketua Zon Kota Bharu Balai Bomba Kelantan, Jamil Abdullah ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung kejadian tersebut.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang panggilan mengenai kejadian yang viral tersebut.

“Namun sekiranya dilaporkan kita tetap akan menjalankan tugas seperti biasa, tidak kisahlah haiwan berbisa seperti ular atau kejadian seumpama ini,” katanya.

Saturday, 18 June 2016

MERCUN MELETUP DITANGAN, REMAJA CEDERA PARAH!

BY Paparazzi.R No comments


Padah bermain mercun bola, seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14, dikejarkan ke Hospital apabila mengalami kecederaan parah akibat terkena letupan mercun yang tidak sempat dilemparkan, dalam kejadian di Kampung Tok Kah, Dungun, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam, remaja berkenaan dikatakan keluar dari rumah neneknya selepas berbuka puasa untuk bermain mercun seorang diri di kawasan yang tidak jauh dari situ.

Bagaimanapun, mercun yang dicucuh tidak sempat dilempar dan meletup menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher serta melecur di dada.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa yang mendengar letupan kuat dan melihat cucunya itu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah.

Terkejut dan tergamam melihat mangsa cedera parah , nenek mangsa menghubungi ibu saudara pelajar itu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
ingin kurus? anda wajib cuba!
Ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata, ketika kejadian dia turut mendengar letupan kuat dari arah rumah nenek mangsa tetapi tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sekeliling gelap.

"Saya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan telefon mengatakan anak saudara cedera teruk.

"Melihat keadaannya yang agak teruk saya terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita.

Katanya, sepanjang perjalanan ke hospital anak sulung dari enam beradik itu tidak berhenti mengerang kesakitan.

"Saya panik melihatnya berlumuran darah sambil memegang lehernya dan hanya terfikir untuk membawanya ke hospital sahaja.

"Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan beristighfar banyak-banyak apabila dia tidak henti mengadu sakit," katanya.

Mangsa yang dilapor berada dalam keadaan stabil kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan segera bagi merawat keadaan leher yang cedera teruk

Wednesday, 15 June 2016

"BABUN" ROGOL KERANI?

BY Paparazzi.R No comments


Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 7 September ini sebagai tarikh perbicaraan kes pengawal keselamatan yang didakwa merogol seorang kerani di Teluk Kumbar dekat sini, Oktober tahun lepas.  
Hakim Helmi Ghani menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini.

Tertuduh Tarmizi Yaakob, 20, yang juga dikenali dengan panggilan 'Babun' didakwa merogol kerani berusia 21 tahun itu dengan cara mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Teluk Kumbar dekat sini, antara pukul 4.30 hingga 5.30 pagi pada 8 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.  

Selain itu Babun turut berdepan dengan dakwaan membunuh dan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan lima di Teluk Kumbar dekat sini, juga pada Oktober tahun lepas.
nak kurus? anda wajib cuba!
Pada 6 November tahun lalu dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh gadis itu antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Oktober tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Februari lepas pula Tarmizi didakwa merogol gadis itu di tempat dan tarikh sama pada pukul 7.30 pagi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam tertuduh Sukhindarpal Singh berkata bagi kes membabitkan pelajar berkenaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Georgetown pada 19 Mei lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Kaameni.

PENGHADANG BERGERAK DI MASJID JADI VIRAL!

BY Paparazzi.R No comments


Rakaman CCTV mengenai kejadian penghadang ruang solat yang didakwa bergerak sendiri di Masjid Jamek Tadong, Jasin, dekat sini, mendapat perhatian orang ramai sejak ia mula diviralkan di laman sosial, kelmarin.

Pengerusi lembaga masjid berkenaan, Datuk Akhbar Ali berkata, beliau turut memuat naik rakaman video berdurasi 1.48 saat di Facebooknya setelah dimaklumkan oleh salah seorang jawatankuasa masjid mengenai kejadian pelik yang berlaku di bahagian pintu belakang masjid sebelum Ramadan ini.

Menurutnya, tujuan beliau memuat naik rakaman berkenaan bukanlah untuk menakutkan jemaah yang hendak bersolat di masjid itu, namun kejadian itu seharusnya dipandang positif tentang kebesaran ALLAH SWT, lebih-lebih lagi ianya berlaku di rumah ALLAH.

Katanya, usaha itu juga dapat menyangkal pandangan orang ramai yang mengaitkan kejadian terbabit dengan perkara mistik susulan sejak ia diviralkan, terdapat pelbagai komen daripada netizen sama ada positif mahupun negatif.

"Mungkin ada yang pandang kejadian pelik itu untuk menakutkan-menakutkan jemaah tetapi nawaitu saya hendak menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang ada di mana-mana.

"Kita juga kena yakin wujudnya makhluk ghaib dan sebagainya, namun semuanya terpulang kepada persepsi masyarakat itu sendiri. Malah, kejadian ini sekali gus mempopularkan nama masjid yang baharu dibina atas tanah wakaf," katanya.
nak kurus? anda wajib cuba!
Sementara itu, bagi siak masjid, Zakaria Lani, yang merupakan orang terawal melihat rakaman video CCTV itu berkata, rakaman berkenaan berlaku pada 25 Mei lalu ketika dia mahu menyaksikan rakaman aktiviti pelajar yang menjalankan program qiamullail di masjid tersebut.

Menurutnya, dia yang menonton bersama seorang lagi ahli jawatankuasa masjid pada mulanya terkejut memandangkan penghadang itu seolah-olah digerakkan oleh seseorang dalam beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Bagaimanapun, kata Zakaria, dia menganggap kejadian itu sebagai satu hikmah apabila golongan muda kampung itu merancang untuk beriktikaf di masjid pada waktu malam sekali gus dapat mengimarahkan masjid berkenaan.

"Kita tak pernah menghalang mereka yang ingin beriktikaf di masjid, walaupun pada mulanya niat mereka nak terserempak dengan kejadian seperti itu, namun saya difahamkan mereka juga nak melakukan qiamullail.

"Saya tak rasa ia bertujuan nak menakutkan tapi lebih kepada kebesaran Yang Maha Esa," katanya

Tuesday, 14 June 2016

MAHER ZAIN KINI KEMBALI

BY Paparazzi.R No comments


Selepas tampil dengan album Forgive Me pada 2012, kini Maher Zain kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul One.

Baru-baru ini, penerbit album Maher Zain iaitu Awakening Records yang beroperasi di London telah mengumumkan pelancaran album penuh ketiga penyanyi kelahiran Lubnan ini.

Album ini dilancarkan serentak di seluruh dunia termasuk Malaysia dan sudah semestinya album ini pasti dinanti-nantikan oleh peminat setianya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana album ketiga saya ini berjaya dilancarkan baru-baru ini. Ia merupakan penantian yang agak lama, walau bagaimanapun saya berharap ianya berbaloi.

"Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan saya bersyukur dapat mengadakan persembahan di seluruh dunia dan bertemu dengan ramai orang-orang yang hebat dan tempat-tempat yang menakjubkan. Di situlah saya mendapat inspirasi dan ilham bagi menghasilkan lagu-lagu dalam album terbaru ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Album yang memuatkan 15 lagu itu turut menampilkan beberapa kolaborasi bersama beberapa artis lain.

"Album terbaru ini menyajikan lagu-lagu yang berkonsep lebih bervariasi dan universal. Dari sudut vokal dan penghasilan lagu pula adalah lebih matang.
nak kurus? anda wajib cuba!
"Apa yang lebih menarik, beberapa artis seperti Amakhono We Sintu penyanyi dari Afrika Selatan, Atif Aslam dari Pakistan, Mustafa Ceceli dari Turki dan Issam Kamal dari Maghribi turut menyumbangkan suara mereka menerusi beberapa lagu dalam album ini," jelasnya.

Tambah Maher lagi, album ketiga itu turut mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan lagu-lagunya juga dirakam di pelbagai negara seperti di Sweden, United Kingdom, India, Turki, Mesir, Maghribi dan Afrika Selatan.

Pengarah Urusan Awakening Records, Bara Kherigi memberitahu tajuk One dipilih kerana ia berbentuk motivasi.

"Apa yang memotivasikan kita semua dalam hasil kerja kita ialah atas satu kepercayaan kepada satu Tuhan, satu dunia dan kesatuan dalam kemanusiaan," katanya.

Album ini diterbitkan dalam tiga versi berbeza untuk pasaran dunia iaitu Bahasa Arab, Bahasa Turki dan bahasa Inggeris untuk antarabangsa yang juga dipasarkan di Malaysia.

Boleh diperoleh dalam pelbagai format seperti CD audio, muat turun digital di Itunes dan Amazon, streaming di Spotify dan Deezer, serta boleh juga dibeli secara atas talian di inteammobile.com.

Album yang berada di pasaran sejak minggu lalu turut boleh diperoleh dalam bentuk CD audio dengan harga RM27.90 edaran eksklusif Inteam Records Sdn Bhd

Di Malaysia, nama Maher Zain sudah tidak asing lagi hingga  pernah menerima Anugerah Platinum untuk jualan album terlaris di Malaysia berjudul Thank You Allah yang mencecah 300,000 unit jualan dan seterusnya album kedua berjudul Forgive Me yang terjual sehingga 100,000 unit.

"MU BUNUH ANAK AKU!!!"

BY Paparazzi.R No comments


Suasana tenang di pekarangan Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, bertukar riuh apabila seorang wanita berulang kali menyebut 'Mu bunuh anak aku!' ketika sekeluarga empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis berusia 22 tahun dibawa keluar sebaik selesai prosiding.

Wanita berkenaan merupakan bekas isteri kepada Anuar Jusoh, 49, yang dituduh bersama-sama tiga ahli keluarganya, Murni Ahmad, 35, Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membunuh anak kandungnya, Siti Hajar pada 26 April lalu.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam, menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu yang ditemui mati dengan berat hanya 18 kilogram.

Bekas isteri Anuar yang datang dari Pulau Pinang dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu pilu dengan kematian menyayat hati anaknya dan gagal mengawal emosi saat melihat wajah bekas suaminya ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak yang didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan pergigian dan laporan kimia lengkap dari Jabatan Kimia Petaling Jaya.
nak kurus? anda wajib cuba!
Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi kesalahan itu, empat beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sejurus selesai prosiding, Anuar dihantar ke Penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke Penjara Bentong, Pahang, manakala adik lelaki mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di Rusila, Marang.

Dalam pada itu, Syazwani ketika ditemui pemberita berkata selepas memperoleh laporan pergigian dan laporan kimia, pihaknya akan memohon satu tarikh daripada mahkamah untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kes kematian Siti Hajar menjadi tumpuan ramai apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan jangkitan kuman dan kebuluran hingga badannya hanya seberat 18 kilogram selain terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.

Monday, 13 June 2016

AYAH MANGSA ROGOL TUNUT KEADILAN

BY Paparazzi.R No comments


Ayah kepada seorang gadis bawah umur yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dan didera secara seksual oleh lima lelaki berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan terperinci sehingga membawa semua suspek ke muka pengadilan.

"Kami hanya mahu keadilan dan harap kami dilayan dengan sewajarnya. Sekiranya pihak berkuasa tidak ambil berat kes ini, anak saya dan ahli keluarga akan terus terima pelbagai tekanan dan pandangan serong daripada masyarakat umum," katanya ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh, semalam.

Kelmarin, seorang penjawat awam telah menyerah diri kepada polis berhubung kes remaja dirogol secara berkumpulan di Pulau Tioman, Pahang itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintanden Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, suspek berusia 26 tahun itu menyerah diri pada jam 10.30 malam Sabtu lalu di Balai Polis Pulau Tioman, selepas diarahkan pegawai atasannya untuk berbuat demikian.

Polis telah menahan lelaki terbabit dan memohon perintah reman tiga hari untuk membantu siasatan.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur ‘cover up’ dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk kes rogol tersebut.

Beliau berjanji akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

Enam individu, termasuk seorang wanita sebelum itu telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu, namun menafikan pembabitan anggota Kastam dalam kes berkenaan.
nak kurus? anda wajib cuba!
Pada 9 Jun lalu, mangsa yang berusia 17 tahun itu ditemani bapanya membuat aduan dengan mendakwa minumannya telah dicampur ubat sebelum dia dirogol secara bergilir-gilir antara Mac hingga Mei lalu di jeti Pulau Tioman dan salah seorang daripada suspek itu adalah anggota Kastam.

Gadis itu kemudiannya mendakwa dirogol anak jirannya serta dirakam gambar dan video bogelnya sebelum dimuat naik ke laman media sosial.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Kuantan buat kali kedua dengan mendakwa seorang daripada perogolnya adalah anggota Kastam yang membawanya masuk ke dalam pejabat untuk diurut dan dirogol pada waktu pejabat 18 Mac lalu.

Selepas terbongkarnya kes tersebut, kata ayah mangsa, beliau rasa lega kerana terdapat ramai orang yang tampil menghulurkan pelbagai bantuan kepada anaknya, termasuklah menyediakan tempat penginapan, peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang berasal dari Kulai, Johor turut terharu dengan kata-kata semangat dan perasaan simpati diberikan oleh orang ramai kepada beliau dan anaknya.

Semalam, Timbalan Menteri Wanita, keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, pihaknya mengutuk keras berlakunya kes rogol berkenaan dan kementeriannya telah menghantar pegawai bagi menemui dan mengetahui nasib yang menimpa gadis tersebut.

"Buat masa ini, pihak kementerian masih menunggu laporan lengkap dan bersedia memberikan bantuan kaunseling kepada mangsa, jika perlu.

"Kementerian turut meminta pihak polis mengambil langkah yang lebih drastik dengan menjalankan siasatan lebih terperinci agar dapat menahan semua suspek dan didakwa ke mahkamah," kata Mei Fun.

Beliau berpendapat, mangsa dan ayahnya berhak membuat aduan serta membuat rayuan kepada mangsa-mangsa rogol agar tampil ke depan untuk menuntut keadilan.

"Perogol biasanya dapat melepaskan diri daripada hukuman kerana mangsa tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh itu, saya menasihatkan mangsa tidak perlu rasa malu dan takut kerana mereka berada di pihak yang benar. Mereka perlu menyimpan bukti supaya dapat mendakwa si pelaku," katanya lagi.

Selain itu, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Sai Kie berkata, Wanita MCA bersedia memberikan khidmat guaman percuma kepada mangsa melalui Pusat Khidmat Guaman dan Bantuan Wanita 1Malaysia (LAWA).

"Penubuhan LAWA ialah sedia memberikan khidmat guaman percuma kepada golongan wanita tanpa mengira kaum dan agama, terutama sekali mangsa rogol dan mangsa penganiayaan," kata Sai Kie.

Sunday, 12 June 2016

44 KERETA TERBAKAR PERBUATAN KHIANAT

BY Paparazzi.R No comments



SEREMBAN: Polis mengesahkan kebakaran 44 kereta di sebuah bengkel di Kampung Ribu, Kuala Sawah, di sini tengah malam tadi, berpunca daripada perbuatan khianat. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pasukan penyiasat kebakaran bomba dan forensik polis menemui bahan cecair yang dipercayai punca kebakaran itu. 

"Bomba mengesahkan kebakaran itu bukan disebabkan faktor semula jadi atau litar pintas. Kerugian dianggarkan RM400,000," katanya, di sini hari ini. 


nak kurus? anda wajib cuba!
Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api. 

Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, sebanyak 44 kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel berkenaan musnah terbakar.

Saturday, 11 June 2016

NOMBOR PENDAFTARAN F1 DIJANGKA LEBIH 1 JUTA

BY Paparazzi.R No comments



SUNGAI BESAR 11 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, 'F1' mampu dijual sehingga melebihi RM1 juta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.

Beliau berkata, tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad 'F' adalah pada Selasa ini manakala bagi abjad 'V' pula, bermula 15 Julai hingga penghujung bulan tersebut.

"Nombor pendaftaran yang paling mahal setakat ini dibeli pihak tertentu adalah W1N pada harga RM746,000 dan bagi nombor plat 'F1' pula dijangka lebih RM1 juta," katanya ketika ditemui pemberita pada Program 1 Komuniti 1 JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti individu yang membuat permohonan membida nombor pendaftaran 'F1' itu berikutan tempoh pembukaan tender masih berbaki tiga hari lagi.

Pada 19 Mei lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad 'F' dan 'V'. Katanya, nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999.

Thursday, 9 June 2016

MAYAT KANAK KANAK LEMAS DITEMUI

BY Paparazzi.R No comments



BETONG: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Nanga Spaya, Lubok Antu, di sini, sejak Selasa lalu ditemui lemas di Sungai Engkari, pagi tadi. 

Mayat mangsa, Cryner Casey, 8, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan pada jam 1.58 tengah hari, Selasa lalu. 

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dengan bantuan anggota penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu terbabit dalam operasi SAR ini. "Mayat mangsa yang ditemui anggota SAR pagi tadi sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Wednesday, 8 June 2016

TIADA WANG TEBUSAN UNTUK MANGSA CULIK?

BY Paparazzi.R No comments


KUALA LUMPUR: Polis tidak membayar sebarang wang tebusan untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata usaha untuk membebaskan mangsa dilakukan oleh pasukan khas PDRM yang bekerjasama dengan Polis Filipina, yang berganding bahu sejak kes kejadian penculikan berkenaan April lalu.

 "Sebelum ini sejak kejadian mangsa diculik, saya terpaksa merahsiakan butiran lanjut pergerakan operasi ini kerana kita khuatir keselamatan mangsa.

 "Justeru semalam kita berjaya membawa keluar mangsa tanpa sebarang bayaran tebusan," katanya. Khalid bagaimanapun tidak tahu sekiranya ahli keluarga membayar sejumlah wang untuk membebaskan empat mangsa terbabit.

Monday, 6 June 2016

CERITA KUCING PUN BOLEH JADI "VIRAL"!!!

BY Paparazzi.R No comments


Nampak gayanya, Kucing pun boleh mengalahkan kehangatan puak Pakatan Haprak tu menganjurkan perhimpunan semalam. Dengar katanya, cerita pasal Kucing nama Jep ni lagi panas.

Walaupun Jep bukan anak kandungnya, namun Ummi tetap membelainya dengan penuh kasih sayang seperti dua anaknya yang lain. Hampir setiap hari Jep dibelai dan diberikan penjagaan sempurna oleh Ummi dan suaminya, Mohd Kamarul Anuar, 33.

Sebenarnya Jep adalah seekor kucing yang menjadi viral sejak dua tahun lalu di laman Facebook 'Oh My Jep'. Bagi peminat kucing, tidak lengkap kamus mereka sekiranya tidak mengenali Jep, kucing baka American Shorthair.

Ketika didekati dengan lebih rapat, wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ummi ini mudah mesra bagi berkongsi kisah Jep dan lima lagi kucing peliharaannya.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya, Nor Azwana Awang, 30, kisah Jep mula mendapat perhatian selepas dia sering berkongsi gambar-gambar Jep beserta dengan kata-kata melibatkan isu semasa. "Hanya kongsi dalam grup kawan-kawan dan peminat kucing. Dari situ Jep mula dikenali dan mereka sarankan saya buka fans page."Selepas itulah baru saya buka page Facebook, tak sangka mendapat perhatian begini," katanya ketika ditemui Karnival Usahawan Fius 2.0, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

Sepanjang tiga tahun hidup bersama dan menjaga Jep dengan penuh kasih sayang, beberapa kisah mengerikan buat ibu kepada dua anak itu ialah kehilangan Jep selama beberapa hari. "Kami sekeluarga menjadi tidak keruan, merata mencarinya tidak jumpa. Sekali dia hilang hampir 500 meter dari rumah dan sekali lagi hilang dalam perkampungan orang asli sekitar rumah kami," katanya yang tinggal di Maran, Pahang. ..

Apa yang pasti, Jep hanya memerlukan kasih sayang dari sebuah keluarga yang benar - benar menghargainya. Jep tak perlu buat perhimpunan untuk meraih sokongan Simpati Murahan untuk mengumpulkan pengikut.

Tapi, itu la ceritanya manusia yang sayang pada kucing. Baru hilang sekejap pun dia dah mula terasa tak tentu arah. Mungkin, itu juga perasaan seorang manusia yang hilang jawatan dan tidak diberikan tumpuan. Maka mula la dia pun hilang arah dan pedoman!!!

TUNGGANG MOTOSIKAL AKSI SUPERMAN : SADDAM HUSIEN, RAKAN DIPENJARA !

BY Paparazzi.R No comments



KUALA LUMPUR 6 Jun - Seorang bapa dua anak dan tiga rakannya masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya ala 'Superman'.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap bapa dua anak yang merupakan jurujual Saddam Husein Zulkifli, 25; pembantu butik, Muhamad Fikri Ahmad Fauzi, 25; kelindan lori, Mohd. Roslan Fathalaripin, 24, dan buruh binaan, Abdul Aziz Abdul Ghani, 21.

Semua tertuduh diperintah menjalani hukuman masing-masing bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Jun dan penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu, serta mereka juga hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Mereka didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) di sini kira-kira 5 pagi, semalam (5 Jun).

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.-BERNAMA

3,000 NASI DAGANG PERCUMA UNTUK SAMBUT RAMADHAN

BY Paparazzi.R No comments


KUALA TERENGGANU 6 Jun - Menjelang ketibaan Ramadan, Warung Nasi Dagang Kak Ros yang popular di Kampung Atas Tol di sini meneruskan tradisi bersedekah dengan memberi makan percuma kepada lebih 3,000 orang, semalam.

Seawal pukul 6.30 pagi lagi, orang ramai sudah mula beratur bagi menikmati juadah dari warung yang dikatakan antara yang tersohor di daerah ini.

Pengusahanya, Rohana Yusoff, 43, berkata, amalan yang dimulakan sejak lima tahun lalu itu juga bagi menghargai pelanggan di samping menzahirkan rasa terima kasih di atas sokongan berterusan.

“Tahun lalu, hasrat saya tidak kesampaian sebab saya sakit. Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan lancar, saya dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjamu pelanggan.

“Selain nasi dagang, kita turut menyediakan nasi lemak serta laksa buat pelanggan yang datang hari ini dan semua makanan habis kira-kira pukul 10.30 pagi,” katanya ketika ditemui di warungnya di sini.

Perniagaan yang diusahakan Rohana sejak 10 tahun lalu itu turut dibantu suaminya, Tuan Zainuddin Tuan Ngah, 52, dan diuruskan anak sulungnya, Tuan Saidatul Jamilah, 24.
Keistimewaan juadah sarapan tradisional Terengganu itu yang menjadi sebutan ramai telah mendorong pengendali saluran dokumentari antarabangsa, National Geographic untuk membuat rakaman mengenainya pada April lalu sehingga mulai digelar Nasi Dagang Nat Geo.

“Bagi sajian percuma ini, kami masak 30 gantang beras untuk nasi dagang, lima gantang untuk nasi lemak, 80 kilogram laksa dan 200 kilogram ikan tongkol,” ujarnya.

Kata beliau, sasaran asal pelanggan adalah sekitar 3,000 orang namun sambutan yang diperoleh semalam menyebabkan sajian ditambah lagi untuk 500 orang.

“Sambutan kali ini yang teramai berbanding jamuan tahun-tahun sebelumnya, berkemungkinan kerana notis mengenai jamuan itu sudah kita letakkan di laman Facebook dan dikongsi oleh pelanggan,” ujarnya.


KEJUTAN BESAR ALI TELAH MEMELUK ISLAM

BY Paparazzi.R No comments


MUHAMMAD Ali mungkin telah melakar banyak kejutan sepanjang kariernya yang hebat, namun kejutan sebenar yang dilakukan legenda tinju dunia itu adalah apabila dia memilik untuk memeluk Islam pada 1964, hanya dua hari selepas bergelar juara dunia buat kali pertama.

Menggunakan nama Cassius Marcellus Clay Jr., yang mewa­kili penentangan terhadap penghambaan di Amerika Syarikat, Ali bagaimanapun menukar kepada nama Islam selepas menjalin kerjasama dengan Nation of Islam sebuah pertubuhan yang membantu membaiki gaya hidup masyarakat kulit hitam.

Pada mulanya, pengumuman mengejut Ali untuk memeluk Islam sukar diterima masyarakat barat, malah dalam kalangan media mereka tetap menggunakan nama Cassius dan enggan menyebut nama Muhammad Ali dalam artikel mereka.
Ali pernah mendedahkan tentang hasrat menggunakan populariti yang ditempa untuk mendedikasikan diri kepada Allah dan melakukan kebaikan selain menyatukan manusia selepas menamatkan karier dalam sukan itu.

Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara televi­syen di Newcastle, England pada 1977, kira-kira empat tahun sebelum bersara, apabila Ali diajukan soalan oleh seorang peminat cilik yang menyentuh tentang ­perancangannya selepas bersara daripada dunia tinju.

“Bersedia untuk bertemu Allah,” jawab petinju itu dengan penuh ketenangan dan keyakinan.
Sambil menyentuh tentang soal kepercayaan agama dalam kalangan penonton, Ali tidak teragak-agak menolak peluang kekayaan yang boleh diperolehi daripada bidang pelaburan dalam bidang hartanah, perniagaan atau mengajar tinju kerana baginya kemewahan tidak akan membawanya ke syurga.

Tambahnya, dia akan sedaya upaya untuk membantu orang lain kerana Allah sentiasa memerhati setiap tindak-tanduknya.
“Allah tidak kisah tentang saya menewaskan Joe Frazier.

“Begitu juga England atau Amerika Syarikat (AS) seperti yang dibimbangi kita, sebaliknya Allah hanya menilai bagaimana kita membantu satu sama lain.

“Saya mahu mendedikasikan seluruh kehidupan saya membantu pusat kebajikan, membantu orang lain, menyatukan masyarakat dan menjadikan dunia ini lebih aman.

“Jika saya mati, dan masuk ke syurga, saya mahu melihat hasilnya,” katanya.
Ternyata Ali menetapi janjinya apabila menggunakan kemashyuran tersebut menerusi anak perempuannya, Hana Ali untuk mempromosikan keamanan, toleransi dan nilai kemanusiaan di seluruh dunia.– AGENSI

• Nama : Mohammad Ali (sebelum masuk Islam pada 1964, dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay Jr.)
• Gelaran : The Greatest (Yang Terhebat)
• Tarikh Lahir : 17 Januari 1942
• Tempat Lahir : Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
• Isteri : Yolanda Williams
• Anak: Laila Ali, Rasheda Ali, Hana Ali, Asaad Amin (anak angkat), Maryum Ali, Jamillah Ali, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Miya Ali
• Kerjaya : Peninju (bersara pada 1981)
• Rekod Kerjaya : 56 kemenangan, 37 daripadanya menerusi knock-out dan hanya tewas lima kali
• Pencapaian Terbaik : Juara tiga kali Kejohanan Heavyweight Dunia.
• Anugerah Terbaik : Atlet Lelaki Terbaik Abad ke-20


ISU VAPE MALAYSIA KESAN BURUK, BAHAYA VS KEBAIKKAN VAPE. VAPE DIHARAM ATAU BAYAR CUKAI?

BY Paparazzi.R No comments


Baru-baru tersebarnya satu video yang menunjukkan adegan kakitangan awam Kementerian Kesihatan Malaysia yang didakwa sedang asyik menghisap vape.
Ia sekaligus memberikan satu lagi pukulan kepada aspirasi Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang sedang bersungguh-sungguh membanteras budaya vape daripada awal.
Walaubagaimanapun, undang-undang tetap undang. Nikotin tidak boleh sama sekali dijual tanpa ada lesen supaya memudahkan pemantauan pihak Kementerian.
Tetapi serbuan dan rampasan cecair nikotin di kedai vape di seluruh Malaysia telah mendapat reaksi negatif terutamanya pelanggan dan kaki vape Malaysia lebih-lebih lagi pemilik kedai vape.
  1. Tidak patut katanya
  2. Mahu bunuh bisnes Melayu
  3. Tidak diberikan notis sebelum kedai mereka diserbu
  4. Tidak berikan sokongan kepada vape, sedangkan vape mampu mengurangkan jumlah perokok di Malaysia.
  5. Ada lagi mahu tambah?

Isu Vape Malaysia Kesan Bahaya dan Keburukan VS Kebaikan Vape?

Kata siapa? Kata mereka-mereka ini. Malangnya semakan Berita Semasa terhadap satu video penerangan dan taklimat di Youtube yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sebalik isu vape Malaysia hanya dapat kurang 400 kali tontonan sahaja. Berbanding video kenyataan balas daripada kaki vape dan pemilik kedai vape Malaysia yang mendapat sambutan dan respon orang ramai.
Sedangkan pada video penerangan KKM bagi Berita Semasa adalah satu video yang sangat baik untuk membantu orang ramai faham disebalik isu vape Malaysia ini termasuk kesan, keburukan dan bahaya vape ini untuk jangka masa panjang.
Tiada sekelumit ayat pun yang keluar daripada mulut daripada Datuk Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman yang mengatakan mereka akan haram vape Malaysia apatah lagi mahu buat rampasan vape termasuk kepada liquid tanpa nikotin, tidak sama sekali. Haram atau tidak bukan bidang kuasa mereka tetapi kerajaan Malaysia. Jikalau ditanya Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka mahu haramkan rokok, rokok elektronik dan vape. Malangnya kerajaan tidak ada “political will” sepertimana rokok diharamkan oleh kerajaan Brunei. Kerajaan Malaysia?
  • Kesan bahaya dan keburukan rokok hanya dapat dikesan selepas 100 tahun lamanya
  • Dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak mahu masalah tersebut berlaku kepada kalangan yang hisap vape Malaysia
Bagi Berita Semasa apabila kalangan pelajar sekolah, budak-budak, dan tidak lupa juga wanita dan awek yang bertudung pun pandai sudah vape kemudian diviralkan video mereka di Facebook, di Youtube, Instagram dengan perasaan bangga. Janganlah jakun sangat. Simpanlah sikit perasaan malu dalam diri kita.
Jadi, kerajaan memang perlu pantau dan ambil tindakan segera daripada peringkat awal lagi supaya vape ini bukan jadi satu budaya dan trend di Malaysia pula.
Berita Semasa juga tidak mahu budaya dan gejala vape Malaysia menjadi satu lagi penyakit sosial orang Melayu. Budaya takpe jangan dibiarkan, takut-takut memakan diri kita semua.
  • Yang kakitangan KKM ambush atau serbu adalah melibatkan flavour dan liquid yang ada nikotin
  • Yang flavour tiada nikotin, KKM tidak akan serbu. Tetapi atas asas kesihatan, KKM melalui kenyataan Datuk Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman sebagai pakar perubatan kesihatan awam rokok dan vape memang patut diharamkan berdasarkan syor WHO dan kajian pakar-pakar kesihatan yang lain
Bagi Berita Semasa mesej Menteri Kesihatan sangat baik :
“Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape. Mesej kami jelas, jangan hisap vape kerana Tuhan menjadikan manusia bukan untuk menghisap bahan-bahan seperti itu
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri disebalik isu vapeMalaysia, kesan keburukan kepada masyarakat jauh lebih bahaya daripada kesan kebaikan yang dilaungkan pemilik kedai vape dan kaki vape sendiri. Itu sebablah satu demi satu negara sudah mengumumkan vape diharamkan di negara mereka.
P/S : Carilah ilmu dan bahan bacaan yang baik sebelum bertindak, baik daripada sudut berniaga, atau membacalah terlebih dahulu ketika berkata-kata.
PP/S : Nikotin terletak di bawah akta racun berjadual. Akta ini sudah lama dan KKM akan terus kuatkuasakan undang-undang tersebut. Tidak perlu diberikan sebarang notis ketika mahu buat serbuan dan rampas vape. Orang biasa, tidak boleh jual nikotin sesuka hati. Ada syarat, sukatan dan aturannya yang mana doktor dan farmasi yang mendapat lesen sahaja dibenarkan.
PPP/S : Pada video di atas dan laporan berita pada 4 November 2015 yang Berita Semasa kongsikan di bawah, yang mana sudah terang lagi bersuluh sebelum KKM sudah memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana yang jual liquid nikotin tanpa lesen. Dah ada kenyataan seperti ini, mahu tunggu notis lagi apabila KKM ambush 5 November 2015?