Dengan menjanjikan pulangan lumayan, sebanyak 56 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf aktiviti perniagaannya dipercayai telah mengaut keuntungan lebih RM500 juta dengan menipu wang orang ramai.
Kesemua syarikat tersebut termasuk beberapa yang dikenali ramai dipercayai mengaut keuntungan tersebut dalam tempoh enam bulan sahaja.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, kesemua syarikat terbabit telah menjalankan pelbagai bentuk pelaburan tanpa kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurutnya, antara jenis pelaburan yang dikesan dijalankan syarikat-syarikat terbabit ialah pelaburan komoditi, pelaburan emas dan tukaran matawang.
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu-individu di sebalik syarikat-syarikat berkenaan yang sebahagian besarnya menawarkan pelaburan emas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Roslan memberitahu, siasatan polis telah mengenal pasti sebanyak 47 ketua pegawai eksekutif (CEO) yang terlibat dalam pelaburan emas dan sedang melakukan siasatan sejauh mana penglibatan mereka.
“Tahun lalu sahaja, kita telah menerima 809 laporan berkaitan penipuan membabitkan pelaburan emas ini.
“Daripada jumlah itu, 739 kes telah diambil tindakan dan 70 kes lagi masih dalam siasatan lanjut pihak kami. Bayangkan begitu mudah orang ramai diperdaya oleh mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Roslan turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan apa sahaja bentuk pelaburan dan berhubung dengan pihak polis atau BNM untuk mendapatkan pengesahan.
Sebanyak 56 syarikat pelaburan haram telah disenarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM) selepas didapati mengaut keuntungan lebih puluhan bilion ringgit daripada kegiatan itu sejak empat tahun lalu.
Namun, ada sebahagian daripada syarikat berkenaan dikatakan masih aktif menjalankan kegiatan pelaburan termasuk dengan menukar nama syarikat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Antara jenis pelaburan yang sering digunakan bagi memperdaya rakyat negara ini adalah pelaburan berbentuk emas, batu permata, simpanan dana, pertukaran mata wang asing dan harga komoditi.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, senarai itu dikeluarkan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa yang juga pelabur kepada BNM selepas gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan syarikat berkenaan.
Katanya, sikap tamak sebahagian pelabur yang mahu memiliki kekayaan dengan cara mudah menyebabkan mereka senang ditipu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan bernilai ratusan ribu ringgit.
Bagaimanapun, Roslan menegaskan banyak lagi syarikat yang berselindung dengan nama pelaburan haram, namun tidak dapat disenaraihitamkan berikutan tiada mangsa tampil membuat laporan dirinya ditipu.

0 comments:
Post a Comment