Wednesday, 13 July 2016

"DIA MASIH BIDADARI SAYA"

BY Paparazzi.R 1 comment


“Saya sanggup uruskan isteri dari hujung kaki sampai hujung rambut selagi hayat masih dikandung badan,” demikian tekad Safwadi Ishak, 39, suami kepada Siti Rosnah Mohd Isa, 49, yang lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Safwadi yang tinggal di Indera Mahkota 2 di sini berkata, dia yakin dengan ketentuan ALLAH kerana memilih mereka berdua untuk menanggung dugaan itu.

Katanya, dia turut yakin ada hikmah di sebalik kejadian yang ditempuhi selepas 14 tahun berkahwin.

“Seberat mana bebanan ditanggung, tak pernah lemahkan semangat saya untuk terus berada di sisinya.

“Walaupun pada awalnya doktor kata isteri saya tak ada harapan sembuh, tapi siapalah kita nak menidakkan kerja ALLAH. Alhamdulillah, dari semasa ke semasa kesihatannya menunjukkan perkembangan positif dan saya mengharapkan ada keajaiban berlaku,” katanya.

Safwadi berkata, doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mengesahkan saluran darah dalam kepala isterinya pecah hingga terjadinya darah beku, justeru pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan darah berkenaan.

Katanya, selepas sebulan dirawat di HTAA, Siti Rosnah dibenarkan pulang namun setiap minggu dia perlu menjalani rawatan fisioterapi di HTAA.

“Kehidupan dia yang sebelum ini aktif kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada saya. Saya suapkan makan, mandi, angkat, pakaikan lampin setiap hari.
nak kurus? anda wajib cuba!
“Dia tak mampu bercakap. Bila lapar atau haus, dia hanya boleh menangis macam bayi. Untuk tenangkan fikirannya saya bawa dia jalan-jalan di kawasan taman guna kerusi roda, selain naik kereta ke bandar,” katanya yang menjalankan perniagaan produk kesihatan.

Menurutnya, selepas menerima rawatan, perubahan sudah dapat dilihat apabila tangan kiri isterinya sudah bergerak.

“Kasih sayang saya tidak pernah pudar, sama seperti mula-mula berkahwin dahulu malah tak pernah anggap keadaan isteri sebagai bebanan. Dia masih bidadari saya untuk dijaga dan dibelai sentiasa hingga ke akhir hayat kami,” katanya yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Tuesday, 12 July 2016

PADAH BIADAP DENGAN POLIS

BY Paparazzi.R No comments


Gara-gara mengganggu tugas penjawat awam, pemandu lori di reman selama tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, lelaki berusia 49 tahun itu berkasar dengan pegawai dan anggota polis setelah diarahkan untuk memberhentikan kereta dipandunya selepas didapati memotong barisan di KM 57 Jalan Kota Bharu-Gua Musang kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, pegawai dan anggotanya berpangkat konstabel sedang melakukan rondaan Ops Selamat 9.

“Lelaki berkenaan telah menghina dan melakukan provokasi terhadap pegawai dan anggota bertugas ketika saman sedang dikeluarkan.

“Di antara ayatnya ialah "Semua polih (polis) ambik (ambil) duit, bakpo (kenapa) demo (awak) tok seh amik duit (tak nak ambil duit), setahu saya semua polih (polis) make rasuah (ambil rasuah),” katanya.

Abdullah berkata, lelaki tersebut juga telah bertindak menghalang pegawai polis mengeluarkan saman dan mengulangi ayat tersebut sebanyak empat kali dengan meninggikan suara.

Menurutnya, pegawai terlibat kemudiannya mengarahkan anggota bawahan untuk menangkap lelaki tersebut dan dibawa balik ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, sebanyak 257 keping saman dikeluarkan sepanjang 12 hari Ops Selamat 9 dari 29 Jun hingga 11 Julai atas pelbagai kesalahan.
nak kurus? anda wajib cuba!
Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut beliau berpuas hati dengan disiplin pengguna jalan raya.

“Sepanjang tempoh 12 hari ini, tidak ramai pemandu yang memotong barisan. Segelintir yang ingkar kita berikan nasihat agar tidak mengulanginya, cuma satu tangkapan yang melibatkan pemandu biadab terhadap anggota dikesan dan telah pun di reman," katanya.

Beliau berkata, tindakan dikenakan ke atas pemandu dari Tok Sangkut, Pasir Mas itu diharapkan menjadi pengajaran kepada pengguna lain untuk mengubah sikap.

KELAB PEMINAT P RAMLEE KECEWA

BY Paparazzi.R No comments


Kelab Peminat P Ramlee (KPPR) Pulau Pinang kecewa dengan tindakan penerbit filem terkemuka, David Teo yang seolah-olah merendahkan imej seniman agung itu dalam kenyataan terbukanya.

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, berkata pihaknya kesal apabila Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures itu bersikap tidak profesional apabila memperkatakan mengenai pengakhiran kehidupan P Ramlee.

"Saya fikir David Teo tidak selidik dengan lebih mendalam mengenai latar belakang P Ramlee yang banyak menyumbang bakti kepada negara dalam industri lakonan.

"Sepanjang hidupnya, Allahyarham banyak membantu orang susah yang meminta pertolongan daripadanya dan tidak pernah meminta apa-apa belasan kecuali cukuplah beliau sekadar dikenang," katanya pada sidang media di sini, petang tadi.

Terdahulu Teo pada pagi tadi, meminta maaf secara terbuka dan menganggap kenyataannya itu disalah tafsir pihak media dan menyanjung tinggi sumbangan P Ramlee selama ini.

Teo dalam kenyataannya Selasa lalu, dipetik sebagai berkata tidak guna menjadi pelakon, tetapi melarat seperti pengakhiran kehidupan seniman agung P Ramlee. Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Dan Warisan Melayu Pulau Pinang (SAHABAT),
nak kurus? anda wajib cuba!
Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa, berkata Teo tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengaitkan kehidupan P Ramlee dengan keadaan artis ketika ini.

"Seniman agung tidak semestinya kaya dengan wang dan kebendaan, tetapi mereka 'kaya' melalui karya yang disanjung sehingga kini.

"Kita boleh lihat impak filem P Ramlee yang bertahan lebih 40 tahun, malah masih ramai peminat menontonnya berbanding filem sekarang yang mampu bertahan hanya beberapa tahun," katanya.


Monday, 11 July 2016

DIDIK OKU CELIK AL QURAN

BY Paparazzi.R No comments


Pembangunan Al-Quran Braille Elektronik (Al-Quran eBraille) telah membuka satu lebaran baru buat sebahagian daripada 200 juta golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan di seluruh dunia yang beragama Islam supaya celik al-Quran.

Usaha murni ini telah direalisasikan oleh sekumpulan anak tempatan terdiri daripada tujuh penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak tahun 2009 lagi.

Ketuanya, Dr Zair Asrar Ahmad berkata, idea untuk menghasilkan Al-Quran eBraille ini dilaksanakan atas kesedaran dan keinsafan untuk memastikan tiada golongan yang keciciran ilmu dalam mempelajari al-Quran.

“Menerusi teknologi ini, ia memudahkan penggunaan, pembacaan, pemahaman, penghayatan dan pengajaran al-Quran untuk golongan cacat penglihatan di mana Al-Quran Braille bercetak telah berjaya diringkaskan sebagai sebuah panel mudah alih mesra pengguna yang pertama seumpamanya di dunia ini.

"Sebelum ini, golongan berkenaan perlu membaca al-Quran melalui proses konvensional menggunakan enam jilid Al-Quran Braille bercetak seberat 10 kilogram untuk mempelajari dan memahami isi kandungannya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, penghasilan Al-Quran eBraille ini bukan sesuatu yang mudah kerana kumpulannya tidak terkecuali daripada menempuh cabaran dan kesukaran sepanjang tempoh enam tahun.

Katanya, model berkenaan dibangunkan dari zero dan direalisasikan secara berperingkat melalui penghasilan model serta reka bentuk yang menggabungkan dua elemen utama iaitu perkakasan dan perisian.

“Daripada hasil perbincangan, kami ingin hasilkan sesuatu yang ringan dan mudah dan proses ini dimulakan dengan soal selidik daripada orang cacat penglihatan itu sendiri selama enam bulan termasuk mengadakan bengkel bagi mengetahui warna dan reka bentuk yang diinginkan mereka,"katanya.
nak kurus? anda wajib cuba!
“Dari situ kami mempelajari sedikit sebanyak bahawa orang rabun kronik tidak sukakan sesuatu yang bercahaya terlalu terang dan warna yang garang dan kami sentiasa merujuk kepada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) bagi memastikan alat yang dihasilkan mengikut kehendak dan mesra OKU,” katanya.

Beliau berkata, komitmen tersebut kemudiannya diterjemahkan menerusi Bengkel Percubaan Pertama di Kuala Lumpur selama tiga hari yang disertai oleh 100 peserta di kalangan orang cacat penglihatan itu sendiri.

"Model awal dihasilkan menggunakan kayu di mana sekurang-kurangnya empat versi reka bentuk berbeza diterbitkan berpandukan daripada respons orang awam," katanya. 

Carian dana RM1.9 juta

Dr Zair berkata, empat aras pencapaian permulaan telah ditetapkan oleh kumpulannya iaitu menyasarkan kepada profil pembelajaran, struktur program, konsep asas reka bentuk panel dan memorandum persetujuan kerjasama.

"Ia diikuti aras pencapaian kedua dan ketiga iaitu membangunkan spesifikasi keperluan pengguna serta struktur antara muka grafik pengguna dan seterusnya menghasilkan reka bentuk akhir panel eBraille.

“Aras pencapaian keempat dan terakhir ialah prototaip panel eBraille, prototaip perisian pengguna dan maklum balas pengguna terhadap eBraille dan perisian," katanya.

Katanya, bagi menghasilkan prototaip ini mereka memerlukan dana sebanyak RM1.9 juta dan mengambil masa dua tahun bagi merealisasikannya.

"Kos terbesar bagi penghasilan Al-Quran eBraille ini ialah pembelian sel Braille piezoelektrik dari Jerman yang berfungsi untuk mengeluarkan kod dan titik Braille setelah diprogramkan.

"Panel Al-Quran eBraille ini mempunyai 36 karakter huruf yang mirip Al-Quran Braille bercetak, sekali gus memudahkan pengguna yang terbiasa dengan cara konvensional menggunakan panel tersebut," katanya.

Dimanfaatkan lebih 1,000 pelajar

Usaha keras kumpulan penyelidik ini akhirnya dapat dimanfaatkan di empat pusat bagi golongan cacat penglihatan setelah mendapat pembiayaan RM2.5 juta dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Empat pusat pembelajaran tersebut dibekalkan 11 unit Al-Quran eBraille ini iaitu di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SKPK) Setapak (115 murid), SKPK Pekan Tuaran, Sabah (15 murid), SKPK Alma Pulau Pinang (35 murid) dan Pertis cawangan Kuala Lumpur (1,000 murid).

“Kita juga dapat menyediakan sebuah lagi pusat pembelajaran di SMPK Princess Elizabeth, Johor Bahru hasil sumbangan Majlis Agama Silam Johor (Maij) dan Pertis, Terengganu hasil pembiayaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam),” katanya.

Menariknya, alat yang dibangunkan ini boleh digunakan secara persendirian dan mod kluster yang berkeupayaan menyimpan memori terakhir bacaan serta boleh digunakan oleh tenaga pengajar yang tidak mahir untuk mengajar Braille kepada golongan cacat penglihatan.

KEPALA OTAK DI LUTUT !

BY Paparazzi.R 1 comment


Orang tua selalu guna, orang muda banyak dah yang kena. “lain kali otak tu jgn letak kat lutut”.

Persoalan nya, kenapa lutut yang menjadi pilihan untuk diletak otak? Kenapa bukan siku,perut yang
ruangnya lagi besar, punggung yang kelihatan macam otak. Kenapa lutut yang dipilih?

Bijaknya orang-orang dahulu, segala kata-kata mereka adalah kiasan untuk kita fahami. Selain daripada tempurung lutut kita yang keras tu sama macam kepala, lutut sebenarnya adalah otak
kepada anggota tubuh badan kita.

Untuk otak, gagalnya berfungsi otak manusia mengakibatkan seluruh sistem saraf menjadi tunggang
langgang, neuron tidak dapat bersambung dan iklan susu sambung neuron tu pon takkan wujud.

Inilah kelebihan otak. Kenapa ia dikiaskan dengan lutut?

Maksud sebebar peribahasa ini adalah berfikir betul-betul. Lutut pula dikiaskan kerana lutut adalah
“anchor” bagi badan. Patah tangan,terseliuh hidung, putus ibu jari, kita masih boleh meneruskan
sebarang kerja hakiki kita. Bila kena pada lutut, Automatik nikmat berjalan sudah tiada lagi.

Sampai ke tua berkerusi roda, di papah sahabat, diangkat saudara. Lutut perkara utama perlu dijaga!

Sayangi lutut Anda.

Kadang kala kita perlu letak otak di kepala lutut, agar manusia berhati-hati menggunakan lutut, dan
tak la seperti “pikiaq guna kepala lutut”

MADRASAH AL-DINIAH TARIK PERHATIAN DR ROZMEY?

BY Paparazzi.R No comments


Madrasah Al- Diniah Al Bakriah yang terbakar pada pukul 5.50 petang pada 17 Jun lalu memusnahkan satu blok bangunan dua tingkat, yang mengandungi tiga pintu asrama madrasah.

Seramai 50 pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh, yang asrama mereka terbabit dalam kebakaran, memohon bantuan, termasuk kewangan daripada orang ramai.

Justeru itu, usahawan Herba Prima Marketing Sdn Bhd, Datuk Dr rozmey menyatakan hasrat beliau untuk membantu meringankan beban pelajar pelajar madrasah tersebut apabila kesemua mereka hanya tinggal sehelai sepinggang kerana pakaian dan buku mereka hangus dijilat api.

“Kita akan bantu menyumbangkan kemudahan berbentuk pakaian, buku dan wang ringgit kerana ia merupakan keperluan pelajar pelajar disana,” katanya sesudah selesai Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di Sungai Petani lalu.

“Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak lah begitu besar, namun sekurang kurangnya dapat membantu pelajar meningkatkan ilmu keagamaan dan menyatakan rasa bersyukur kerana kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa”, katanya.

Datuk Dr Rozmey turut menyarankan agar orang ramai menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kelengkapan atau wang ringgit bagi pihak madrasah membeli barangan baru.

Ketua Pengurusan Bahagian Muslimat madrasah tersebut, Fazilah Hashim memaklumkan bahawa sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Tabung Madrasah Diniah Bakriah 03018010098410 atau menghubungi Mudir Bahagian Muslimat Madrasah, Shuib Omar di talian 01119802536.

Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai. Diharapkan lebih banyak insan yang murah hati dan peka dengan keadaan semasa seperti usahawan Datuk Dr Rozmey dan usahawan usahawan dermawan yang lain.

Sunday, 3 July 2016

VIDEO KHAS SEMPENA HARI RAYA DARI DR ROZMEY

BY Paparazzi.R No comments


Ada yang belum tengok video terbaru dari Herba Prima Marketing sempena Hari Raya Aidilfitri ini?

Satu video pendek yang berdurasi selama 6 minit 22 saat ini cukup untuk membuat anak anak muda di perantauan rindukan keluarga mereka di kampung halaman..

Video yang bertajuk 'Anak Anak Ayah' ini menceritakan tentang anak anak Haji Ismail yang hidup jauh dari keluarga mereka. Anaknya yang bernama Ikram dan Iskandar telah menjalankan perniagaan sendiri manakala Azlan pula masih lagi belajar.

Namun atas desakkan kerja yang terlalu banyak, Ikram jarang pulang ke kampung dan berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.

Ini membuatkan Haji Ismail sangat rindukan Ikram dan berharap agar dia dapat bersama dengan semua anak anaknya pada Hari Raya yang bakal tiba.

Dapatkah Haji Ismail kumpulkan semua anak anaknya? Mampukah Ikram menepikan kerjayanya dan pulang ke kampung halaman? Sama sama kita saksikan..

Click link dibawah untuk lihat video..

https://www.facebook.com/100012448513286/videos/139034433188173/

Petikan dari facebook Dr Rozmey sangat memberi kesan dan menarik perhatian umum. Di hari yang mulia, janganlah kita terlalu mengejar dunia sehinggakan lupa akan tanggung jawab kita sebagai anak yang soleh kepada ibubapa. Tanpa kasih sayang dan perhatian yang mereka tanamkan, kita bukanlah siapa siapa.