
Madrasah Al- Diniah Al Bakriah yang terbakar pada pukul
5.50 petang pada 17 Jun lalu memusnahkan satu blok bangunan dua tingkat, yang
mengandungi tiga pintu asrama madrasah.
Seramai 50 pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah,
Pasir Tumboh, yang asrama mereka terbabit dalam kebakaran, memohon bantuan,
termasuk kewangan daripada orang ramai.
Justeru itu, usahawan Herba Prima Marketing Sdn Bhd, Datuk
Dr rozmey menyatakan hasrat beliau untuk membantu meringankan beban pelajar
pelajar madrasah tersebut apabila kesemua mereka hanya tinggal sehelai
sepinggang kerana pakaian dan buku mereka hangus dijilat api.
“Kita akan bantu menyumbangkan kemudahan berbentuk pakaian,
buku dan wang ringgit kerana ia merupakan keperluan pelajar pelajar disana,”
katanya sesudah selesai Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di Sungai Petani
lalu.
“Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak lah begitu besar,
namun sekurang kurangnya dapat membantu pelajar meningkatkan ilmu keagamaan dan
menyatakan rasa bersyukur kerana kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan
jiwa”, katanya.
Datuk Dr Rozmey turut menyarankan agar orang ramai menghulurkan
bantuan sama ada dalam bentuk kelengkapan atau wang ringgit bagi pihak madrasah
membeli barangan baru.
Ketua Pengurusan Bahagian Muslimat madrasah tersebut,
Fazilah Hashim memaklumkan bahawa sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank
Islam Tabung Madrasah Diniah Bakriah 03018010098410 atau menghubungi Mudir
Bahagian Muslimat Madrasah, Shuib Omar di talian 01119802536.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan
terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak
dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.
Diharapkan lebih banyak insan yang murah hati dan peka dengan keadaan semasa
seperti usahawan Datuk Dr Rozmey dan usahawan usahawan dermawan yang lain.
0 comments:
Post a Comment