Sunday, 19 June 2016

KUDA TERLEPAS JADI VIRAL?

BY Paparazzi.R No comments


Orang ramai gempar dengan kehadiran seekor kuda yang terlepas di tengah jalan raya di Kota Bahru semalam.

Aksi kuda berdurasi 28 saat itu dikatakan dirakam di Wakaf Siku,  di sini oleh seorang pengguna jalan raya.

Pengguna terbabit yang dikenali sebagai Adli Alimin kemudian memuat naik video tersebut ke laman sosial Facebook nya kira-kira pada pukul 2 petang semalam.

Video terbabit mendapat lebih 5,000 perkongsian daripada pengguna laman tersebut selain ditonton hampir 200,000 kali pada jam 6 petang.

Berdasarkan rakaman video tersebut kejadian terbabit berlaku di laluan bertingkat di Wakaf Siku di sini menghala ke arah Kubang Kerian.

Menerusi ruangan komen pemilik Facebook berkenaan dia mendakwa kejadian tersebut dirakamkannya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
nak kurus? anda wajib cuba!
Usaha menghubungi pemilik kuda tersebut bagaimanapun tidak berhasil.

Sementara itu, Ketua Zon Kota Bharu Balai Bomba Kelantan, Jamil Abdullah ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung kejadian tersebut.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang panggilan mengenai kejadian yang viral tersebut.

“Namun sekiranya dilaporkan kita tetap akan menjalankan tugas seperti biasa, tidak kisahlah haiwan berbisa seperti ular atau kejadian seumpama ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment